24 December 2015

Dan apabila kau menerima pesanan peribadi dari seorang aku

Sukar bagiku,
Meluahkan apa yang aku rasa,
Kepada mu yang sangat rapat denganku,
Dan aku letakkan begitu hampir dalam hatiku,
Pada saat aku sedih,
Pada ketika hatiku letih,
Mengapa perlu diungkap,
Kata-kata yang tidak sensitif.


Dalam aku terasa,
Bahasa badan memberi tanda,
Riak wajah memberi gambaran jiwa ,
Ku mohon kau fahami daku,
Aku sedang berusaha menjaga hubungan kita,

Sebolehnya ku tahan,
Andai bersuara itu boleh menyakitkan,
Maka aku memilih untuk diam.
Namun ia tak bermakna,
hatiku menjadi kebal,
Berubah menjadi perisai.

Ketahuilah,
Hatiku tak kuat,
Ia kekal sebagai seketul hati,
Yang berdarah apabila diguris,
Yang luka apabila ditoreh,
Oleh kata-kata yang tajam menghiris.

Dan pabila hati ini tak mampu lagi,
Menanggung rasa yang menekan jiwa,
Ku tahu sudah tiba masanya,
Meluahkan apa yang terpendam di dada.

Kerana pilihannya antara dua;
Pertamanya,
Ku buang dikau jauh dari hati,
Hingga kau terpinga,
Mengapa 'kita' seperti tidak wujud lagi,
Yang ada hanya kau, aku..
Kenapa akrabnya tiada lagi,
Ukhwahnya tiada manis,
Sungguhpun dekat namun jauh,
Maaf, aku perlu menjaga hati.

Kedua,
Aku luahkan apa yang ku rasa,
Bukan meniti dari bibir ini,
Hanya jari jemariku yang menari di atas kekunci,
Melakarkan rasa hati.

Dan itulah yang ku pilih,
Pesanan peribadi ku layangkan,
Sebagai utusan hati,
Agar kau tahu,
Supaya kau mengerti,

Arkian,
Tiadalah jua mampu kau fahami ku,
Perutusanku hanya kau jadikan jenaka,
Lalu, apa lagi mampuku harapkan,
Daripada aku terus berdukacita,
Jadi sudah masanya hatiku ucapkan,
Selamat jalan.



21 December 2015

Memikirkan Kejadian Kumbang Dengung dan Lebah Madu

Sekarang ni sedang menelaah buku "Belajar Berfikir". Payah bebenor bila dah tua-tua ni baru nak belajar berfikir! Hahaha...

Ok, entry ni bukan nak buat ulasan buku ni tau. Ulasannya kita simpan untuk blog Buku Eton nanti ya. Sebenarnya, sewaktu sedang asyik membaca, terjumpa satu info menarik iatu "bumble bee syndrome". Cuba tengok petikan dalam Gambar 1.

Gambar 1
Fenomena ini dikaitkan dengan penciptaan-penciptaan oleh mereka yang bukan pakar dalam bidang tersebut namun hasil penemuan tersebut merubah dunia. Antara contohnya ialah kapal selam praktikal yang pertama di dunia dicipta oleh seorang guru, mesin pencuci vakum direka oleh seorang pembuat jambatan dan seorang peguam English pula mencipta mesin penyemai benih gandum.

Hmm..dari situ mula mencari makna bumble bee. Jadi, penemuannya ialah:

  • Bumble bee: Robot dalam filem Transformers (rasanya ni yang paling orang kenal!)
  • Chevrolet Camaro: Robot bumble bee dalam bentuk kereta.
  • Bumble bee project - NVIDIA Optimus technology for LINUX: Projek ni berkaitan pembangunan sistem sokongan nVidia bagi meningkatkan kualiti bateri laptop yang guna Intel i3/i5/i7.
  • Bumble bee is not a honey bee: Baru tahu lain-lain spesiesnya.




Kemudian terjumpa pula satu video menarik tentang Tarian Lebah. Ianya menerangkan bagaimana lebah membuat tarian kibas sebagai satu cara komunikasi dengan kawan-kawannya untuk beritahu di mana lokasi makanan berada. Sila saksikan video di bawah.

The waggle dance of the honeybee.

Bila dirisik-risik dalam terjemahan Al-Quran, terjumpalah ayat 68 dan 69 dalam surah Lebah (An-Nahl) :


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia.Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang mahu berfikir." [QS. An-Nahl : 69]

Perhatikan ayat terakhir; "terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang mahu berfikir". Dalam video di atas, kita sedar bahawa hasil daripada tindakan berfikir para penyelidik, maka Allah kurniakan mereka kefahaman terhadap perlakuan lebah tersebut. Lalu saya menilai semula diri, "Adakah aku cukup berfikir selama ini? Apakah betul setiap yang aku fikirkan? Sejauh mana pemikiranku mendekatkan diriku pada Allah, penciptaku?"

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka". [QS. Al-Imran : 190-191]


"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" 


08 December 2015

Saya seorang INFP

Dah dua bulan.  Liza kongsikan satu link dalam kumpulan WhatsApps kami.
"Cuba buat ni untuk lebih mengenali diri sendiri."
Aku pun kliklah link tu dan tengok. Oh, ujian personaliti. Dah pernah buat dah.. Tapi buat jugak :p

Personality test

Rupanya personaliti aku INFP. Patutlaaa...


06 December 2015

Minda Mangsa - Victim Mentality

Saya tidak semenjak bila ia bermula, tapi dalam 6 bulan kebelakangan ini ianya terlalu ketara apabila saya sentiasa berasa dibuli, disalaherti dan tidak dinilai selayaknya. Kata-kata saya sentiasa adalah saya telah menjadi mangsa dan merasakan hal tersebut tidak sepatutnya berlaku begitu. Malah, komunikasi saya sentiasa ke arah negatif.. Sehinggalah saya terbaca salah satu post berkaitan 'Minda Mangsa" ataupun victim mentality yang menyebabkan saya tersentak! Oh, inilah yang sedang saya lakukan pada diri sendiri.

Facebook Puan Ainon Mohd

"Minda Mangsa"

Seseorang itu mempunyai 'victim mentality' apabila dia percaya dia gagal akibat telah menjadi mangsa kepada perbuatan jahat orang-orang lain terhadap dirinya.

Apabila kita percaya kita adalah mangsa kepada perbuatan-perbuatan jahat orang lain, maka akibatnya:

  • Kita percaya orang-orang jahat itu yang mesti memberhentikan kejahatan mereka, barulah nanti kita boleh berjaya.
  • Bagi kita, orang-orang jahat itu yang mesti mengubah sikap mereka. Kita sendiri tidak perlu mengubah sikap kita, sebab kita hanyalah mangsa mereka. Hasilnya, kita kekal sebagaimana kita seadanya.
  • Minda mangsa menyebabkan kita berasa serba tak berdaya hendak mengeluarkan diri sendiri daripada kegagalan. Kita perlukan orang lain supaya mengeluarkan kita, tetapi orang lain semua busuk hati terhadap kita!
****************************************************************************


Jadi, bagaimanakah caranya untuk saya mengubah minda mangsa ini? Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi pemikiran tersebut.
  1. Terima tanggungjawab - Hakikatnya kita sendiri yang bertanggungjawab terhadap perasaan, pemikiran dan tindakan kita. Kita ada kawalan terhadap ketiga-tiga perkara tersebut. Kesan psikologi terhadap golongan yang tidak mahu menerima tanggungjawab adalah sangat besar. Kesan utama ialah hilang self-esteem sehingga mereka tidak mampu mengenalpasti kemahiran diri, menolak inisiatif diri, malahan kurang rasa hormat terhadap diri sendiri dan rasa kegagalan akan lebih mudah hadir dalam pemikiran golongan ini.
  2. Ambil pengajaran dan buat perancangan - Eton, kau tak akan membesar, matang dan mekar jika tidak belajar dari kesilapan dan pengalaman. Muhasabah diri dan renungkan semula dari pelbagai sudut atas apa yang telah berlaku. Kemudian kenalpasti, apakah tindakan-tindakan yang perlu ditingkatkan, diperbaiki, dielakkan. Kemudian buat perancangan.
  3. Jadi proaktif - Ambil tindakan untuk mengubah keadaan sekarang. Walau sekecil mana, walaupun sekadar sekelumit, namun jika ada kesan terhadap tindakan itu, maka lakukannya segera. 

03 December 2015

Awat, cheq minum kopi pun kena darah tinggi kaa???

Masuk bulan Disember ni dah dekat 10 bulan aku sambung belajar di UTP.  RPD belum pun lagi. Member-member yang masuk sama dengan aku semua pakat dah lepas. Yang aku ni entah bila la boleh buat. Dok sangkut ja.. Memang dah nak muntah-muntah baca research paper. Yang bab medical nak kena tau, yang bab teknikal nak kena tau.. Yang ni nak kena ada gap, yang tu nak ada gap, adoyai..

Topik penyelidikan aku pasal tekanan darah tinggi. So, kali ni meh kita sembang sikit pasal penyakit tekanan darah tinggi ni. Masa mula-mula dapat tajuk ni, aku sedikit sinis. Darah tinggi je pun, apa la sangat nak di researchnya. Sana sini aku dok jumpa orang kena darah tinggi. Tanya la sapa pun kat Malaysia ni. Kalau si polan yang kita tanya tu tak ada darah tinggi, musti mak dia ka, ayah dia ka, atuk ka, opah ka tak pun adik beradik dia, tidak dapat tidak akan ada sorang dari ahli keluarga dia yang kena darah tinggi. Kiranya, boleh kata penyakit darah tinggi memang penyakit paling popular la kat Malaysia ni!

Aku pun mula la start baca buku, artikel Internet, jurnal, conference paper, tengok video kat youtube, sembang dengan kawan-kawan. Lepas tu baru la tau, " Laa.. bahaya sungguh tekanan darah tinggi ni! Boleh bawak mati nooo.." 


Hangpa tau dak, kalau kata hangpa dok kata, "Awat cheq dok rasa sakit kepala semenjak dua tiga menjak ni. Jantung cheq pun dub dab dub dab lain macam, telinga cheq dok dengaq bunyi nging nging ja". 

Pastu mengkala hangpa pi cek kat klinik, tau dak Dr kata apa? 

"Setelah kami membuat pemeriksaan, kami mendapati bahawa encik menghidap penyakit jantung, kedua-dua belah buah pinggang encik sudah 50% rosak dan encik berisiko tinggi untuk mendapat serangan angin ahmar. Dan buat pengetahuan encik, tekanan darah encik adalah 180/100".

Hangpa pun terduduk, "APA!! Tidakkkk!!!"

Balik rumah lagi rasa pusing-pusing, tekanan darah pun makin naik sebab stress, kepala pun makin sakit ..huhu

Cheq kata dah tadi, darah tinggi tu bahaya, boleh bawak maut. Hangpa tau dak, tekanan darah tinggi tu pembunuh dalam senyap. Silent killer kata omputih! Tapi pasai pa?? Macam mana pulak la tekanan darah tinggi sampai boleh nak jadi sakit jantung la, sakit buah pinggang la, kena stroke segala bagai? Haa..ni la nak story kat hangpa, bagi hangpa paham. Mula-mula kita nak kaji, mana mai nama penyakit darah tinggi ni? Walaupun orang sebut darah tinggi, bukan kata darah tu dok kat atas ja sampai sakit kepala, dakkk aihhh.. Kalau lagu tu payah la orang dok kat Cameron Highland nun sebab kepala depa lagi tinggi dari kita. Hahaha. Yang tingginya di sini ialah tekanan darah dalam salur darah. Tu ja... Macam getah paip kat dalam bilik ayaq tu. Kalau bukak pelan, meleleh ja ayaq keluaq. Cuba pusing kepala paip tu sampai habih, haa..tak tersembuq ke muka?! Masa ayaq dok meleleh ja, kita kata tekanan ayaq dalam paip tu rendah. Bila ayaq dok tersembuq tu, kita kata tekanan air dalam paip tu tinggi. Macam tu jugak la tekanan darah dalam salur darah kita. Ada tekanan rendah, normal dan tinggi.

Ok nak bagi clear pasal tekanan darah ni, kita tengok sat gambaq kat sebelah ni. Nampak dak macam mana jantung tu pam darah ke seluruh badan kita menerusi salur darah tu? Masa belajar sains dulu cikgu kata salur darah tu ada 2 jenis, satu panggil arteri dan satu lagi sebut vena, tapi kalau bahasa kampung panggil urat ja kot. haha (selingan: baru petang tadi tau urat merih yang kita kena pastikan putus masa sembelih haiwan tu rupanya carotid artery).

Sila recall balik ye adik-adik, arteri fungsi dia ialah untuk angkut darah beroksigen. So, bila sel darah merah dah dapat oksigen dari paru-paru, dia pun bergerak dalam salur arteri nak cari sel badan bahagian mana yang kurang oksigen. Jantung pun tolong pam bagi laju sikit darah tu berjalan. Jalan punya jalan, jumpa simpang pulak...rupanya arteri tu pecah cabang kecil sikit jadi arteriol. Pi depan lagi jumpa pulak simpang lagi kecik sampai jadi kapilari darah. Bila dah sampai kat kapilari, baru sel darah merah pass oksigen pada mana-mana sel badan yang perlukan oksigen, contohnya sel otot ka, sel neuron ka, sel kardio ka.. Lepas dapat oksigen tadi, sel yang terima tu malu nak pulang pinggan kosong, dia pun pass karbon dioksida kat sel darah merah. Sel darah merah pun terpaksa la terima juga. Takkan nak kata tak sudi, ye dok? Sel darah merah sambung balik perjalanan dari kapilari tadi. Dia jalan terusss..sampai jumpa simpang, nampak salur besaq sikit, dia pun masuk la ke saluran venula. Jalan depan lagi masuk main road, vena. Last-last sampai balik kat jantung dia pun dipam ke paru-paru tukaq la apa-apa yang patut dan ulang balik kitar mula-mula tadi. 

Bila jantung tu mengepam, pressure atau tekanan dalam jantung dan salur darah tu naik sebab dia nak pastikan darah-darah tu sampai ke seluruh badan. Lepas pam tu, dia rileks jap bagi darah isi balik dalam jantung. So, masa jantung dok rileks ni tekanan tu turun... Tekanan masa jantung dok mengepam dan rileks ni la yang nurse dok ukuq kat hospital sebelum jumpa doktor tu. Ingat, jantung mengepam = tekanan naik = darah dipam, jantung rileks = tekanan turun = darah diisi. Tengok jadual bawah ni pasal tekanan darah. Yang mana rendah, yang mana normal, yang mana tinggi pandai-pandai la hangpa naa. Systolic tu bacaan tekanan masa pam, diastolic tu bacaan tekanan masa rileks.


Tu dia, jenuh! Baru nak cerita pengedaran darah dalam badan pun bercinta sikit punya lama. Sebenaqnya nak habaq mai, kalau badan kita sihat, tak dak apa-apa penyakit, lagu ni la sepatutnya sistem sirkulasi kita berfungsi. Okay, semua yang masih sihat tu sila bersyukur sekarang sebab semuanya masih normal. Sebut, Alhamdulillah... Maka, nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang engkau dustakan? (Ar-Rahmaan:13) 

Tapi...ha, ada tapinya. Ada 2 faktor yang kawal tekanan darah akan berubah mengikut keadaan-keadaan tertentu. Faktor-faktornya ialah: (1) isipadu darah dalam badan dan (2) diameter salur darah. Ni nak cerita contoh nombor 1 dulu. Katakanlah suatu petang hangpa rasa pening-pening, hangpa pi klinik. Doktor cek tekanan darah. Naik pulak dah! Doktor pun pesan, "Sila kurangkan makan makanan bergaram, ye encik". 

Hangpa terus terkasima. Macam mana Doktor tau, tengah hari tadi hangpa makan nasik dengan gulai terung ikan masin, ada pulak ikan sepat kering goreng garing, ulam cabang tiga colek dengan sambal bacang..perghhh, masyuk! 

Haa..tau dak pasai pa lepas tu darah hangpa naik? Pasainya, makanan hangpa makan tu banyak sangat garam! Bila otak dapat kesan paras kepekatan garam lebih dari biasa, otak bagi isyarat kat buah pinggang, "Alfa kepada Bravo, over. Paras garam terlalu tinggi. Sila sekat pengeluaran air untuk cairkan garam, over". 

Kalau badan tak normalkan balik larutan garam ni, proses osmosis pada dinding-dinding sel pulak terganggu. Belum masuk bab penghantaran caj-caj elektrik merentasi nodus Ranvier lagi.. Habis kacau satu badan! Hangpa jangan nak suruh cerita pasal proses osmosis dan nodus Ranvier tu pulak! Mau tak habis entry ni tulis sampai bulan depan. 

Buah pinggang pun apa lagi, dapat ja isyarat tu, dia block habis semua ayaq satu badan, tak bagi keluaq dah hatta setitik pun. Fuh, dedikasi terhadap tugas beb! Dipendekkan cerita, kepekatan garam pun turun la. Masalahnya sekarang, ayaq pulak dah terlampau banyak! Bila ayaq banyak, darah jadi apa? Darah pun jadi banyak jugak la.. Isipadu dah meningkat. Padahal salur darah dok besaq tu ja. Jadi la balik macam cerita getah paip dalam bilik ayaq tadi; bila ayaq banyak, saiz getah standard ja, pressure jadi naik la. Tu yang bila ukuq, tekanan jadi sampai 160/85. 

Sekarang semua dah paham? Macam mana faktor isipadu dalam badan boleh mengubah tekanan darah kita? Okay, sekarang kita tengok pulak faktor kedua, diameter salur darah.

Aiseh, dah lewat malam pulak dah. Kena tidoq awai malam ni. Esok nak jumpa supervisor! Okaylah, sambung next entry la jawabnya! 

Selamat malam semua.

To be continued...

(P/s: Sampai ke sudah tak keluaq jugak cerita minum kopi.. Tajuk tak menepati isi cerita. Hahaha...)